Zakar lelaki

Zakar merujuk kepada alat kelamin lelaki dan merupakan organ yang utama dalam sistem pembiakan lelaki. Zakar juga dikenali dengan pelbagai gelaran lain seperti pelir, butuh, burung, dan anu.

Struktur

Di dalam zakar terdapat tiga turus tisu erektil; ketika zakar dalam keadaan lembik maka zakar akan menyerupai seolah-olah satu span yang berbentuk silinder – kecuali jika dalam keadaan normal akan menjadi membesar bila darah mengalir. Salah satu silinder terletak pada pangkal zakar mengelilingi uretra, iaitu silinder yang bernama korpus spongiosum. Dua silinder yang terletak di sisi bahagian sebelah atas zakar; setiap silinder ini bernama korpus kavernosum.

Korpora kavernosum (himpunan daripada korpus kavernosum) berperanan dalam membentuk kekerasan zakar ketika tegang, sementara itu korpus spongiosum membuatnya lebih lembut. Salah satu dari dua arteri utama zakar terdapat di sepanjang pertengahan setiap korpus kavernosum di mana darah mengalir dari zakar ke jantung melalui urat-urat darah halus yang terletak berhampiran dengan kulit.

Kelenjar Cowper menyimpan cecair pelumas yang biasanya digelar "cecair pra-pemancutan" (dalam bahasa Inggeris basahan: "pre-cum"). Bahagian batang dari zakar yang tertanam jauh di dalam tubuh menyebabkan batang zakar tidak bonyok seperti testis. Di sekeliling batang zakar terdapat jaringan penyambung dan seluruh batang zakar dilindungi oleh lapisan kulit yang tipis.

Kefungsian

Ketika lelaki mendapat rangsangan seks (baik secara fizikal ataupun mental), urat saraf dihantar ke suatu tempat yang terletak pada pangkal urat saraf tulang belakang yang disebut pusat tegang. Saraf tersebut terbentang melalui pusat tegang sampai ke zakar dan memberikan pesanan yang mengakibatkan berlaku suatu bahan, iaitu asetilkolin, yang menyebabkan arteriol di dalam batang zakar membesar atau melebar. Pada saat yang sama, otot-otot disekeliling urat pada pangkal zakar mengecut, menghalang aliran darah keluar dari zakar. Akhirnya, batang zakar mula penuh dengan darah dan memanjang. Ketika memanjang, zakar secara keseluruhan mula membesar dan mengeras, lalu kelihatan seolah-olah "berdiri".

Meskipun pusat tegang yang berada pada saraf tulang belakang berperanan dalam memberi ketegangan (ereksi), tetapi otak juga memainkan peranan yang penting. Otak terlibat secara langsung mengirim pesanan ke pusat tegang dan menyebabkannya melakukan aksi, hal ini dapat menjelaskan mengapa gambar-gambar yang merangsangkan ketika dilihat dapat menimbulkan ereksi. Selain mencetuskan ereksi, otak juga dapat menghalang dari terjadinya ereksi. Sistem saraf terdiri dari dua subsistem, iaitu sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.

Sistem saraf simpatetik berfungsi untuk hal-hal yang berkaitan dengan rasa takut, reaksi balasan, dan pemancutan. Sementara itu, saraf parasimpatetik berfungsi dalam hal-hal yang berkaitan dengan ketenangan, menggerakkan otot organ-organ yang berhubungan dengan pencernaan, dan sebagainya. Sistem saraf parasimpatetik juga berfungsi dalam mengakibatkan terjadinya ereksi. Jika kedua-dua sistem ini bekerja saling berlawanan, rasa takut – atau orgasma – ia boleh menghalang terjadinya ereksi. Itulah sebabnya mengapa seseorang cenderung kehilangan ereksi setelah pemancutan, sedangkan orgasma merupakan suatu peristiwa besar bagi sistem saraf simpatetik, maka ketika orgasma terjadi, hal ini pada dasarnya melemahkan sistem saraf parasimpatetik untuk sesaat dan menyebabkan ketegangan menghilang.

Dalam konteks ini, jelaslah mengapa mati pucuk (ketidakmampuan untuk mencapai ereksi yang sesuai dengan tuntutan yang diinginkan) merupakan masalah bagi sejumlah lelaki – jika mereka merasa resah bahawa mereka tidak akan mampu melakukan hubungan seks, maka sistem saraf simpatetik mereka yang menguasai (mendominasi). Sebenarnya, hal ini lebih menyukarkan mereka untuk mencapai tahap ketegangan yang optimum. Maka bertenang adalah kunci untuk mendapatkan ereksi.

Ketegangan zakar tidak semestinya berkait dengan kegiatan seks, terutama pada lelaki muda. Ereksi yang bersifat spontan merupakan perkara biasa dialami oleh remaja lelaki, tetapi tiada apa yang dapat dilakukan untuk mengatasi hal ini. Ereksi juga sering kali terjadi ketika tidur. Ini menjelaskan tentang keadaan seseorang yang bangun dalam keadaan zakar yang tegang.
Disebabkan zakar merupakan satu organ yang disokong oleh darah, ia mempunyai mekanisme penyelamat, iaitu ia akan kehilangan ereksi selepas tempoh tertentu. Ini kerana darah yang tersekat di dalam zakar akan kehilangan oksigen dengan pantas dan sekiranya darah tidak beroksigen kekal dalam zakar untuk tempoh masa yang panjang, sel-sel dalam zakar akan mulai mati. Ini merupakan salah satu punca mereka yang menyalahgunakan ubat perangsang (mereka yang sihat tetapi makan ubat perangsang) berhadapan dengan risiko untuk mati pucuk. Ini disebabkan zakar mereka tegang terlalu lama menyebabkan darah yang terperangkap dalam zakar kehabisan oksigen, menyebabkan sel-sel zakar lemas.

Sekiranya ia berlarutan melebihi 4 jam, rawatan doktor diperlukan bagi menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan darah dari dalam zakar bagi mengelakkan sel zakar mati secara kekal. Selain itu mereka juga terdedah kepada peyronie (zakar bengkok dengan ketara akibat penggunaan pam zakar dengan cara yang salah.)

Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah lemah tenaga batin, terdapat teknik perubatan yang menggunakan kaedah cecincin zakar bagi membantu mereka mengekalkan ereksi. Bagaimanapun kaedah tersebut bergantung kepada individu dan penyalahgunaan kaedah tersebut mampu menyebabkan kecederaan teruk dan sekali gus menyebabkan keadaan lebih teruk. Sila dapatkan khidmat nasihat doktor bertauliah sebelum menggunakannya.

Istilah lain untuk zakar

Kata-kata lain (termasuk slanga) yang sering digunakan dalam Bahasa Melayu adalah pelir, kote, anu, awang, batang, punai, kontol, burung, kotek dan konek (untuk kanak-kanak lelaki). Dalam bahasa Indonesia zakar disebut kontol, penis, kanjut, pelir dan juga slanga lainnya adalah burung dan pisang.

http://ms.wikipedia.org

Urut zakar

Amalan mengurut zakar memang terdapat dalam tradisi masyarakat Melayu lama. Amalan ini dikatakan telah dibawa oleh pedagang Arab ke Tanah Melayu. Telah tersebut dalam kitab Rawd-At-Tirr karangan Sheikh Nefzawi seorang penasihat istana kerajaan Arab-Tunisia di abad ke-17, berkenaan kaedah membesarkan saiz zakar melalui urut.

Nota : penderita sakit kencing manis [ diabetes ] pada tahap kritikal tidak digalakkan untuk mengurut zakar.

1. TUJUAN MENGURUT ZAKAR

Terdapat beberapa pendekatan serta tujuan mengurut zakar :

  • bagi mengubati tanda-tanda awal penyakit mati pucuk dan lemah tenaga batin
  • untuk mengatasi masalah pancutan awal atau ejakulasi pramatang
  • tujuan membesarkan dan memanjangkan zakar. Menurut ilmu tabib Cina, zakar boleh ditambah saiz sehingga 1 hingga 2 inci. Namun rawatan urut Melayu dan kitab-kitab Arab mencatat bahawa saiz boleh ditambah sehingga 4 inci. Malahan ahli Yoga India ada yang mampu memanjangkan zakar sehingga 14-inci !
  • bagi meningkatkan keampuhan dan keupayaan zakar - supaya zakar menegak lebih tegar dan galak, condong ke atas dan timbul urat-urat zakar serta kepala zakar kembang dengan garang seperti singa apabila menghadapi isteri ketika persetubuhan
  • mengurut zakar untuk meredakan gejolak nafsu - terutama kepada lelaki bujang atau suami yang berjauhan dari isteri [ tanpa menumpahkan air mani ] serta mengelak dari maksiat zina
  • sebagai latihan untuk menghadapi situasi sebenar persetubuhan. Urut zakar dengan latihan pernafasan tertentu boleh membantu suami mengawal kepala zakar untuk mengembang dan menguncup untuk kepuasan jimak pihak isteri. Sekaligus amalan urut ini berfungsi membantu ketahanan suami dalam senggama dan jimak

2. KAEDAH URUT


Ada pelbagai kaedah mengurut zakar yang meliputi cara mengurut, kawasan tubuh badan yang diurut, minyak atau alat yang digunakan dan peraturan tempoh waktu amalan urut dilakukan, malahan ada yang mengguna jampi serapah seperti dalam amalan dukun Melayu.

Berikut ini adalah koleksi kaedah urut zakar seperti yang diamalkan oleh masyarakat tradisi Melayu-Arab yang diturunkan kepada anak daripada bapa apabila anak lelaki mula mencapai umur baligh. Ianya adalah Rahsia yang perlu diketahui oleh setiap lelaki yang mengambil berat akan kesihatan fizikal zakarnya.

Video Urut Zakar Satu Hala

[ Jika anda berminat untuk melihat rakaman kaedah mengurut zakar, sila hantar emel dengan tajuk "TEKNIK URUT" kepada trebest@gmail.com Lamanweb blogspot tidak membenarkan tayangan video berunsur dewasa ditontonkan di sini - Editor ]

  • Mengeraskan Zakar

Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskannya apabila mengurut. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jari tangan dan urut kelengkang ia itu antara dubur ke telur zakar [ seakan-akan Istibra selepas kencing ] . Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Lakukan sebanyak 7 kali. Ada juga amalan yang disertai dengan zikir-zikir tetentu, seperti contohnya wafaq berikut:

Ya Qadim

Ya Daim

Ya Ahad

Ya Wahid

Ya Samad

Ya Allah - Ya Allah - Ya Allah

Ya Qahar - Ya Qahar - Ya Qahar

Lailaha il'aLlah hu Wahidul Qahar

Kesan dari amalan ini akan dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan galak sekitar 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika cuaca sejuk supaya ligament dan urat-urat zakar berada pada tahap kecergasan yang terbaik.

  • Urut untuk Memecahkan Lemak & Angin pada batang Zakar

Semasa bangun dari tidur, selatkan pangkal batang zakar [ kawasan yang berhampiran dengan bumi zakar ] menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan atau tangan kiri. Hujung jari-jari itu menekan ke bumi zakar sambil mengurut-urutnya ke atas dan ke bawa. Lakukan selama kira-kira 2 minit atau hitungan 99-kali. Lakukan pada setiap pagi kerana amalan ini akan memecahkan lemak dan angin dari berkumpul pada pangkal zakar. Ianya juga dapat mengelakkan dari berlakunya tersimpul urat buah zakar apabila usia meningkat tua.

  • Menahan Mani

Menurut kitab Tajul Muluk dan Rawd-at-Tirr, mengurut menggunakan minyak urut yang khas boleh membantu lelaki bertahan lebih lama ketika bersetubuh. Caranya ialah dengan mengurut sehala dari pangkal zakar menghala ke hujung zakar, berulang-ulang kali. Tempatkan ibu jari di bahagian atas batang zakar, jari tenga di bahagian bawahnya. Lakukan urutan selama 2 minit atau 99-kali hitungan. Latihan ini boleh dilakukan pada bila-bila waktu lapang, kecuali pada waktu Zohor dan Maghrib.

  • Urut Memanjangkan Zakar

Kebanyakan lelaki merasakan zakar mereka tidak menepati saiz yang sepatutnya. Purata zakar normal lelaki dewasa Malaysia ialah sekitar 4 inci hingga 6 inci, namun perlu diingatkan bahawa kebanyakan lelaki tidak mencapai saiz zakar yang optima. Maka atas sebab ini kaedah mengurut boleh meningkatkan zakar ke tahap yang lebih besar dan panjang. Dalam satu kajiselidik di Amerika, majoriti wanita di negara tersebut menginginkan lelaki yang mempunyai zakar sekitar 7 inci dengan ukur keliling yang tebal. Alasan yang diberikan mereka ialah untuk dapat merasakan zakar penuh atau sendat di dalam vagina dan supaya kepala zakar dapat menyentuh mulut rahim [ cervix atau Batu Meriyan dalam istilah perbidanan Melayu ]

  1. Mengurut zakar untuk memanjangkannya elok dilakukan pada awal pagi. Sapukan sedikit minyak urut pada tapak tangan dan gosok dengan laju untuk memanaskannya.
  2. Tarik nafas dalam-dalam. Kemutkan dubur, genggam pangkal batang zakar dengan tangan kanan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
  3. Lurutkan batang zakar itu membawa tangan ke hujung zakar tapi hendaklah anda berhenti bila sampai ke takuk zakar. Dengan cara ini, anda menghantar lebih banyak darah ke dalam kepala zakar dan dikunci tenagannya oleh cengkaman tangan tadi. Tahan nafas selama 7 kiraan sambil mengekalkan cengkaman itu. Kemudian lepaskan.
  4. Lenturkan batang zakar ke arah paha kanan dubur. Kemudian lepaskan lenturan itu. Lakukan sebnyak 21 kali.
  5. Lenturkan batang zakar ke arah paha kiri dubur. Kemudian lepaskan lenturan itu. Lakukan sebanyak 21 kali.
  6. Pegang kepala zakar, pusingkan zakar mengikut jarum jam sebanyak 21 pusingan. Kemudian lakukan yang sama pada arah berlawanan jarum jam.

Saksikan perbezaan pada zakar anda pada hari-hari ke 7, ke-14 dan pada hari ke-21 dan hari ke-40. Sebaik-baiknya anda mengukur zakar terlebih dahulu sebelum memulakan latihan ini.

Mengurut Zakar Melalui Persetubuhan

Zakar adalah anggota tubuh yang sukar dikawal oleh minda. Adalah sukar bagi lelaki normal untuk memerintahkan zakarnya menegang mengikut sesuka hati. Ereksi atau ketegangan zakar antara lain digerakkan oleh deria penglihatan, sentuhan dan bau yang menghantar mesej ke otak untuk merembes hormon jantan dan seterusnya menggera zakar untuk tegak kerana terangsang atau berahi apabila bersama perempuan.

Oleh kerana saiz, tahap kekerasan dan bentuk zakar merupakan faktor-faktor bagi memudahkan isteri mencapai klimaks dan inzal, maka disebutkan bahawa teknik mengurut zakar pada liang faraj isteri adalah satu latihan yang perlu dipelajari oleh suami.

Salah satu cara bagi memuaskan isteri ialah dengan membuat faraj isteri dapat merasakan zakar mengurut dan mengusap keseluruhan liang faraj atau vagina dalam setiap dayungan. Ini akan hanya dapat dilakukan apabila suami dapat mengawal kepala zakarnya agar boleh kembang dan kuncup apabila dikehendaki. Tekniknya ialah seperti berikut :

  • dayungan masuk - kuncupkan kepala zakar apabila menusuk ke dalam faraj
  • dayungan keluar - kembangkan kepala zakar apabila menarik zakar dari faraj

Melalui cara yang disebutkan tadi, isteri akan merasa seluruh urat-urat di dalam farajnya dibelai dan diusap oleh zakar, dan ini akan memberi nikmat dan kelazatan seks yang tidak terhingga pada isteri.

Cara melatih zakar untuk responsif kembang-kuncup ialah melalui urutan dan perlu disertai dengan kaedah pernafasan tertentu. Ketika bangun pagi, semasa zakar masih tegang, ambil sedikit Minyak Pacak Istana dan gosokkan pada tapak tangan supaya panas. Tuam tapak tangan pada bahagian pinggang dan urut dari hala atas ke bawah ...... [ bersambung ]



LAMPIRAN CATATAN ISTILAH

Istibra' (Membersihkan sisa-sisa air kencing di dalam zakar)

Istibra' dilakukan dengan cara:

  • Mengusap dengan kuat antara lubang dubur dan zakar sebanyak tiga kali . Usapan hendaklah dilakukan sehala saja dari arah dubur ke telur zakar.
  • Meletakkan telunjuk di bawah batang zakar dan ibu jari di atas batang zakar dan lalu mengusapkannya dengan tekanan hingga ujung zakar sebanyak tiga kali
  • Menekan ujung zakar [kepala zakar] tiga kali. Dilakukan seperti memerah kepala zakar, untuk mengeluarkan sisa-sia air kencing.

Jika setelah istibra' keluar cairan yang meragukan apakah air kencing atau bukan maka dianggap suci dan tidak membatalkan wudhu tetapi jika tidak istibra', maka dihukumi najis dan membatalkan wudhu'. Antara manfaat amalan Istibra' ialah mencegah masalah Prostate dan masalah radang jangkitan pada saluran kencing.





http://urut-zakar.blogspot.com/

Senaman kuatkan zakar

DALAM keadaan ghairah dan berahi, rangsangan seksual berlaku dan dalam masa cepat banyak darah masuk ke dalam liang otot zakar.

Ia membuatkan ruang tisu otot mengembang lega untuk pengaliran kemasukan darah yang banyak ke dalamnya supaya zakar mengembang, membesar, memadat dan sesuai untuk hubungan penetratif.


Jika lelaki itu amat terangsang, proses ‘tumescence’ atau pengembangan dan kekerasan zakar berlaku dengan cepat. Jika perasaan rangsangan itu tidak seberapa, proses ini lembab dan kadangkala memerlukan bantuan seperti merangsang dulu anggota sulit.

Bagi lelaki yang masih muda, kekurangan rangsangan bukan kerana kurang tahap hormon testosterone. Bagaimanapun, jika satu ketika dulu dia aktif dalam sukan dan kini tidak lagi, berkemungkinan ini menjejaskan daya syahwat.

Seseorang itu memerlukan daya atau stamina dan tenaga supaya tindak balas rangsangan seksual berjalan lancar dan mudah mencapai ereksi, menjadikan otot padat serta mudah disalurkan ke dalam faraj.

Selain kemampuan fizikal, amalan tidak sihat seperti merokok menjejaskan fungsi ereksi. Apabila kembali aktif dalam sukan atau mula melakukan aktiviti fizikal berkala, fungsi syahwat kembali seperti dulu.

Selain itu, apabila mula melakukan senaman ‘kegel’ atau kemutan seperti mencengkam otot lubang kencing dan lubang anus (lubang salur najis) secara berkala, otot itu menjadi langsing dan kukuh.

Ketika ereksi, anda boleh tingkatkan tahap dan kepadatan ereksi dengan mengemut ketika melakukan penetrasi dan kemut ketika bergerak dalam corong faraj. Senaman kegel boleh mengukuhkan fungsi ereksi sepanjang hayat jika anda lazim mengamalkannya.

Apabila ereksi mengendur, ia memberi tekanan kepada pangkal zakar, lebih-lebih lagi jika ereksi anda besar dan berat. Dalam keadaan itu ereksi hilang daya ketegangan.

Ini berlaku kerana darah dalam otot zakar keluar dari otot pengembang berikutan kelemahan daya untuk mengekalkan darah dalam ruang otot pengembang.

Keadaan ini dapat diatasi apabila melakukan senaman kegel atau kemutan secara cergas dan berkala untuk meningkatkan daya kemutan supaya anda dapat mengekalkan darah dalam otot zakar dan membuatnya kekal padat.

Fenomena darah tercicir keluar dari otot pengembang atau istilah ‘venous leak’ perkara biasa untuk lelaki yang mempunyai zakar besar dan panjang yang otot kemutnya kurang daya.

Jika senaman kemut atau kegel diamalkan secara berkala, masalah itu dapat dibendung. Ada sebilangan lelaki yang mengalami masalah itu menggunakan alat seperti getah penahan yang dipasang ke pangkal zakar ketika ereksi berlaku supaya darah dapat ditahan dan dikekalkan dalam zakar.

Membelai zakar dengan krim perapi anggota sulit seperti krim ‘virile’ dapat membantu meningkatkan daya ereksi apabila ketika menggunakan krim dan mengurut hujung zakar secara lembut dilakukan, lelaki itu juga melakukan senaman kemut.

Dengan herba pengembang yang ada dalam krim itu, tisu pengembang menjadi lebih mantap dan senaman kegel yang dilakukan sekali harung dapat membantu mengekalkan daya otot dan secara langsung membantu mengekalkan daya ereksi.

Amalkan gaya hidup sihat, jaga berat badan, lakukan senaman berkala dan elak merokok. Apabila kesihatan sempurna, fungsi tubuh badan termasuk rangsangan dan fungsi syahwat akan sempurna.

http://rahsiazakar.com